Apple Korea Tawarkan Dana $84 Juta Dibawah Siasatan Anti Monopoli

73

Cawangan Apple Inc di Korea Selatan dilaporkan menawarkan dana bernilai 100 bilion won ($84.02 juta) sebagai tanda sokongan terhadap program perniagaan kecil-kecilan, pengguna dan lain-lain.

Dikatakan tindakan itu menutup ‘aib’ syarikat teknologi gergasi yang sedang berada dalam siasatan oleh Korea Fair Trade Commission (KFTC), membabitkan isu anti monopoli.

Apple Korea telah dituduh menyalahgunakan posisinya sebagai syarikat berpengaruh untuk memaksa syarikat telko membayar servis pengiklanan dan waranti pembaikian.

Daripada jumlah keseluruhan yang dinyatakan, sebanyak 40 bilion won diperuntukkan bagi pembinaan pusat kajian dan pembangunan perniagaan kecil-kecilan di negara Korea.

Manakala sebanyak 25 bilion won pula akan digunakan untuk tujuan penubuhan akademi pendidikan khas bagi pemaju. Lagi 25 bilion won akan digunakan untuk tawaran diskaun kepada pngguna, merangkumi kos waranti pembaikian dan faedah lain.

Menurut KFTC, pihak Apple telah bersetuju untuk menyelesaikan isu ini bersama syarikat telko yang terlibat, terutama isu yang melibatkan pembahagian kos pengiklanan yang mana akan meringankan beban pihak tertindas.

Walau bagaimanapun, jika siasatan mendapati Apple tidak melakukan sebarang kesalahan seperti yang didakwa, pihak pengggubal undang-undang akan menutup kes tersebut serta-merta berdasarkan pendapat umum.

Untuk pengetahuan, pada 2019 Apple memiliki sebanyak 18% saham di Korea Selatan. Pemilikan saham itu menjadikan Apple mendominasi pasaran negara itu sebanyak 65%.

Ini bukan kes pertama Apple berhadapan dengan isu anti monopoli, malah turut merekodkan kes yang sama di negara lain juga.

Pada Mac, pihak penguatkuasa Perancis telah mendenda Apple sebanyak 1.1 bilion euro ($1.23 bilion) atas kesalahan perlakuan anti persaingan terhadap pengedaran dan peruncitan rangkaian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat