Apple & Stok Penjagaan Kesihatan Dorong S&P 500 Catat Paras Tertinggi

653

Indeks S&P 500 mencatat paras tertinggi sewaktu menutup dagangan pada Selasa yang disokong oleh peningkatan saham Apple dan penjagaan kesihatan.

Kebimbangan terhadap lonjakan varian Delta sama sekali tidak menggugat beberapa penghasilan korporat untuk tampil optimis.

Sepuluh daripada 11 indeks S&P diniagakan lebih tinggi dengan harga stok tenaga melonjak setelah terjejas dek kerana penurunan harga minyak.

Saham Apple melonjak 1.26% setelah mengalami penyusutan pada minggu lalu dan saham teknologi yang lain termasuk Netflix, Tesla Dan Facebook terus merundum.

Pencipta “Grand Theft Auto”, Take-Two Interactive Software mengalami kemerosotan sebanyak 9.58% selepas memperoleh ramalan penjualan yang mengecewakan.

Penilaian peraturan yang diperketatkan di China telah memberikan kegelisahan terhadap sektor teknologi global.

Dow Jones melonjak 278.24 mata atau 0.8% kepada 35,116.4, manakala S&P naik 35.99 mata atau 0.82% kepada 4,423.15 dan Nasdaq menambah 80.23 atau 0.55% kepada 14,761.30.

Merujuk kepada data yang dikeluarkan pada Selasa, pesanan di kilang AS pamer peningkatan 1.5% pada bulan Jun setelah kenaikan sebanyak 2.3% yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Tumpuan pada minggu ini berkemungkinan akan lebih terarah kepada data mengenai sektor perkhidmatan AS dan laporan pekerjaan bulanan bagi bulan Julai.

Meneliti kepada data IBES dari Refinitiv, pendapatan di firma S&P 500 dianggarkan melonjak sekitar 90% pada suku kedua berbanding ramalan 65.4% pada awal bulan Julai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat