Apple Tak Keruan Kena Bayar $15 Bilion

1,088

Hari ini Mahkamah Kesatuan Eropah (EU) akan beri keputusan terhadap rayuan Apple berikutan pembayaran balik cukai Ireland bernilai 13 bilion euro ($15 bilion), sebagai sebahagian daripada tindakan keras EU terhadap cukai yang ditawarkan kepada Apple.

Pada 2016, Suruhanjaya Eropah mendakwa Apple menerima bantuan negara secara haram melalui dua keputusan cukai Ireland yang mengurangkan beban cukai untuk dua dekad serendah 0.005% pada 2014.

Jika perundingan ini menemui kekalahan, European Competition Commissioner, Mergrethe Vestager berpendapat akan berlaku penangguhan terhadap kes Ikea dan Nike dengan Belanda serta perjanjian Huhtamaki bersama Luxembourg.

Bagi Ireland, jika permohonan tersebut ditolak, kerajaan akan dihukum oleh ahli politik yang sama membuat permohonan tersebut.

Malah akan timbul persoalan berkenaan pengenalan kod cukai Ireland ketika undang-undang cukai digital baru sedang diperdebatkan secara global, selain daripada potensi kegagalan untuk menarik pelaburan luar.

Berbeza pula Apple, kekalahan tidak dinafikan akan memberi tamparan hebat kepada syarikat itu. Namun pada waktu yang sama Apple masih lagi kukuh dengan pegangan tunai bernilai lebih $190 bilion pada akhir suku kedua fiskal.

Apple terkini mencatatkan lonjakan saham 1.65% kepada $388.23 dari penutupan sebelumnya, $381.91.
Dilaporkan, pihak yang kalah berpeluang untuk membuat rayuan keterangan kepada mahkamah tertinggi Eropah, Mahkamah Keadilan EU.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat