“Kesian Jack Dorsey, takkan la aplikasinya akan diharamkan App Store selama-lamanya.”
Susulan Apple mengharamkan aplikasi media sosial berasaskan Bitcoin (BTC) digelar Damus dari pasarannya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Block Jack Dorsey mengecam CEO syarikat gergasi teknologi itu Tim Cook susulan tidak menyokong pembayaran BTC.
Secara konteks, Damus ialah aplikasi decentralized berjalan pada protokol Nostr dan ia memiliki ciri digelar “zaps” yang membenarkan para pengguna tip antara satu sama lain dalam BTC melalui Lightning Network.
Bagaimanapun, ciri tersebut bertentangan dengan syarat perkhidmatan Apple pada dua minggu lalu yang berkata bahawa ia membenarkan tip dan derma tetapi bukanlah pembayaran untuk content digital.
Namun Damus malangnya enggan mengalih keluar fungsi itu daripada aplikasinya dengan menjelaskan bahawa zaps tidak membuka kunci sebarang content digital untuk pengguna, tetapi Apple tetap ingin menyingkirkannya.
Damus turut mendedahkan telah menggunakan Apple Pay seperti dicadangkan untuk menyokong pembayaran tahan censorship-resistant* peer-to-peer kepada penggunanya.
*Memastikan bahawa undang-undang yang mengawal rangkaian ditetapkan lebih awal dan tidak boleh diubah surut agar sesuai dengan agenda tertentu
Ringkasnya, Apple bertindak mengalih keluar Damus daripada App Store susulan aplikasi itu membenarkan pemberian tip kepada semua orang di dunia tanpa memerlukan bank, kad pembayaran atau kebenaran kerajaan.
Memang tidak dinafikan Tim Cook tidak menunjukkan sebarang minat untuk meletakkan BTC pada kunci kira-kira Apple namun disahkah bahawa beliau secara peribadi telah memiliki beberapa aset digital tersebut.