Arab Saudi Muncul Sebagai “Penyelamat” Bagi Pasaran Minyak Mentah Dalam Sesi Eropah

89

Niaga minyak mentah melonjak pada Rabu selepas Reuters melaporkan bahawa Arab Saudi akan mengurangkan bekalan ke rantau ini bagi menyokong usaha OPEC untuk menangani masalah kenaikan stok minyak mentah AS yang menggagalkan percubaan untuk menamatkan isu lebihan stok global.

Harga minyak disokong oleh kejatuhan jumlah stok yang lebih dari jangkaan minggu lalu dengan kejatuhan sebanyak 5.8 juta berbanding jangkaan penganalisis bagi penurunan sebanyak 1.8 juta tong.

Brent mentah yang menjadi penanda aras bagi minyak global meningkat sehingga 19 sen atau 0.4 peratus kepada $48.92 setong.

Sementara itu, WTI mentah pula meningkat sebanyak 23 sen atau 0.5 peratus pada $46.11 setong.

Saudi Aramco iaitu syarikat minyak kepunyaan Arab Saudi dikatakan akan mengurangkan bekalan minyak kepada pelanggan Asia sebanyak kira-kira 7 juta tong pada bulan Jun sebagai sebahagian daripada perjanjian OPEc untuk mengurangkan pengeluaran dan memotong jumlah eksport.

Tujuh juta tong ini juga bersamaan dengan dua hari import minyak ke Jepun yang juga pengimport minyak keempat terbesar di dunia.

Armaco juga sebelum ini tersenarai sebagai salah sebuah syarikat terpenting buat pelanggan di Asia.

Menurut Ric Spooner, iaitu ketua penganalisis pasaran di CMC Markets Sydney, Arab Saudi kebanyakannya membekalkan minyak kepada pelanggan di Asia. Justeru, pengurangan jumlah bekalan akan mampu untuk menyokong harga minyak.

Greenback Terpaksa Akur Dengan Lonjakan Matawang Aussie Dan Kiwi Dalam Sesi Eropah

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat