Greenback Terpaksa Akur Dengan Lonjakan Matawang Aussie Dan Kiwi Dalam Sesi Eropah

40

Dollar Australia dan New Zealand bergerak dengan lebih tinggi berbanding US Dollar pada Rabu gara-gara kegelisahan politik yang berlaku di Amerika Syarikat, walaupun jangkaan mengenai kenaikan kadar oleh Fed pada bulan Jun nanti masih memberi sokongan kepada matawang berkenaan.

AUD/USD meningkat sebanyak 0.22 peratus kepada 0.7358 berbanding paras terendah dalam tempoh empat bulan yang dicatat sebelumnya pada 0.7326.

Presiden Donald Trump secara mendadak telah mengambil tindakan untuk memecat Pengarah FBI, James Comey yang terlibat di dalam siasatan kes yang melibatkan pentadbiran beliau dan Russia.

Comey telah mengetuai siasatan agensi berkenaan terhadap dakwaan campur tangan Russia pada kempen pilihanraya Presiden AS yang dijalankan pada tahun 2016 yang dikatakan mempunyai pakatan sulit dengan kempen Trump.

Sementara itu, NZD/USD meningkat sebanyak 0.16 peratus kepada 0.6906.

Dalam sesi ini, sentimen matawang US Dollar kekal positif selepas Presiden Fed Kansas City, Esther George pada Selasa mengatakan bahawa bank pusat AS perlu menaikkan kadar jangka pendek secara beransur-ansur walaupun berlaku kemelesetan baru-baru ini terhadap data KDNK dan jualan kereta.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar juga kali terakhir dinilai menjunam sebanyak 0.14 peratus kepada 99.30 selepas mencecah paras tertinggi dalam tempoh dua minggu.

Kesan Rangsangan Monetari Secara Besar-Besaran Akan Diterangkan Dengan Terperinci : Gabenor BoJ

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat