Kesan Rangsangan Monetari Secara Besar-Besaran Akan Diterangkan Dengan Terperinci : Gabenor BoJ

55

Gabenor Bank of Japan, Haruhiko Kuroda berkata pada hari Rabu bahawa bank pusat akan mempertimbangkan pengiraan yang membabitkan rangsangan monetari besar-besaran dan sebarang kesan yang mampu menjejaskan kesihatan ekonomi.

Kuroda juga sempat memberitahu parlimen bahawa ia adalah sangat penting untuk menjelaskan secara mudah tentang bagaimana dasar kewangan boleh menjejaskan kesihatan kewangan Bank Pusat Jepun.

Pengiraan itu juga akan dianggap sebagai kemungkinan masa hadapan.

Pada mesyuarat yang berlangsung pada 26 hingga 27 April baru-baru ini, BoJ mengekalkan sasaran kadar faedah jangka pendek pada bacaan negatif 0.1 peratus dan kadar bon kerajaan pada sifar peratus.

Bank pusat juga dijangka untuk mengurangkan pembelian hutang kerajaan pada bulan Mei dari sasaran 80 Trillion Yen atau ($704 Billion).

Dalam ucapan yang disampaikan pada hari sama, Kuroda juga mengatakan bahawa jumlah bon kerajaan boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa bergantung kepada kuantiti yang diperlukan bagi mencapai sasaran hasil.

Kejatuhan Harga Arang Batu dan Bijih Besi Punca Data Inflasi China Merosot

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat