Kejatuhan Harga Arang Batu dan Bijih Besi Punca Data Inflasi China Merosot

231

Data inflasi di China mencatat junaman buat bulan kedua berturut-turut berikutan penurunan harga bijih besi dan arang batu jatuh ekoran kebimbangan mengenai permintaan domestik yang agak rapuh untuk menyerap lonjakan bekalan keluli.

Indeks harga pengeluar meningkat sederhana sebanyak 6.4 peratus daripada setahun yang lalu, dibawah jangkaan sebanyak 6.9 peratus.

Pada bulan Mac, data PPI China merosot buat kali pertama dalam tempoh tujuh bulan kerana penurunan harga bijih besi dana rang batu selepas ledakan projek pembinaan yang mendorong kepada pertumbuhan kuat ekonomi China sejak 2015.

Bacaan indeks harga pengguna meningkat sebanyak 1.2 peratus daripada setahun yang lalu meningkat berbanding 0.9 peratus iaitu angka yang dicatat pada Mac.

Menurut tinjauan yang dibuat oleh Reuters, data inflasi bagi bulan April bakal meningkat sehingga 1.1 peratus namun masih kekal dalam zon selasa bank puast bagi mengetatkan dasar kewangan tanpa mencederakan pertumbuhan ekonomi.

Laporan Inventori Minyak Mentah Oleh Institut Petroleum Amerika (API) Positif!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat