Laporan Inventori Minyak Mentah Oleh Institut Petroleum Amerika (API) Positif!

139

Minyak mentah melonjak dalam sesi Asia pada Rabu apabila inventori minyak mentah menunjukkan penurunan lebih besar daripada jangkaan walaupun peningkatan stok minyak petrol telah melemahkan sentimen.

Crude futures di New York Merchantile Exchange bagi penghantaran bulan Jun meningkat sebanyak 0.72 peratus kepada $46.21 setong, manakala minyak Brent kali terakhir dinilai meningkat sebanyak 0.14 peratus kepada $49.02 setong.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Institut Petroleum Amerika (API), inventori minyak mentah jatuh melebihi jangkaan sebanyak 5.79 juta tong bagi minggu berakhir 5 Mei lalu.

Bagaimanapun, stok minyak petrol dilapor meningkat sebanyak 3.17 juta tong berbanding jangkaan awal.

Bekalan di hub penyimpanan utama di Cushing Oklahoma juga menjunam sebanyak 130,000 tong.

Data ini bakal diikuti dengan data rasmi yang akan dikeluarkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) pada Rabu. Kedua-dua data ini sering menunjukkan percanggahan menurut pemerhatian sebelum ini, bagaimana pun, penganalisis minyak turut menjangkakan penurunan minyak mentah sebanyak 1.786 juta tong.

Semalam, niaga minyak mentah ditutup lebih rendah pada Selasa kerana kebimbangan mengenai jumlah inventori selepas EIA menaikkan unjuran terhadap prospek jangka pendek terhadap pengeluaran minyak mentah dan menurunkan unjuran bagi harga komoditi hitam tersebut.

EIA menambah unjuran pengeluaran minyak mentah sebanyak 9.3 juta tong setiap hari pada tahun 2017 dan 10 juta tong bagi tahun 2018.

Harga minyak Brent pula diletakkan pada $52.60 setong dan $50.68 bagi minyak WTI pada tahun ini.

Crude oil futures bangkit semula daripada kerugian yang dialami pada minggu sebelumnya pada Isnin selepas menteri tenaga daripada Russia dan Arab Saudi dikatakan sedang mempertimbangkan potongan pengeluaran sehingga meliputi tahun 2018.

Menteri Tenaga Russia, Alexander Novak juga telah berkata pada Isnin bahawa lanjutan perjanjian ini dalam tempoh yang lebih lama akan membantu untuk mempercepatkan proses pengimbangan semula pasaran.

Justeru, OPEC dijangka akan membuat keputusan pada 25 Mei nanti untuk melanjutkan pemotongan bekalan ataupun tidak.

Sejak November lepas, OPEC dan beberapa pengeluar utama telah berjanji untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 1.8 juta tong bermula awal tahun 2017 sehingga Jun.

Emas Menambah Tenaga Setelah Bertindak Balas Dengan Keputusan Mendadak Donald Trump

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat