Emas Menambah Tenaga Setelah Bertindak Balas Dengan Keputusan Mendadak Donald Trump

75

Harga emas mencatat keuntungan dalam sesi Asia pada Rabu apabila pasaran bertindak balas dengan keputusan yang dibuat oleh Presiden Donald Trump secara mendadak kepada Pengarah FBI, James Comey yang juga sekali gus dikhuatiri akan menjejaskan usaha-usaha pemotongan cukai dan matlamat dasar ekonomi yang lain.

Emas bagi penghantaran Jun di Comex New York Merchantile Exchange meningkat sebanyak 0.48 peratus kepada $1,222.02 satu troy ounce. Dalam masa yang sama, copper futures melonjak sebanyak 0.20 peratus kepada $2.501 sepound.

Di tempat lain, China melaporkan harga pengguna bagi bulan April meningkat sebanyak 1.2 peratus berbanding jangkaan kenaikan sebanyak 1.1 peratus, manakala harga pengeluar hanya dilaporkan pada 6.4 peratus berbanding jangkaan 6.9 peratus.

Semalam, harga emas diniagakan sedikit rendah pada Selasa apabila permintaan terhadap safe-haven asset mula berkurangan sebaik sahaja Emmanuel Macron memenangi pilihanraya Presiden Perancis.

Niaga emas juga merosot kepada paras terendah dalam tempoh lapan minggu apabila sentimen pelabur mula beralih kepada asset yang lebih berisiko selepas junaman indeks yang dikenali sebagai “Indeks Ketakutan” yang telah turun naik ke paras terendah dalam tempoh 11 tahun.

Ketidakpastian mengenai pilihanraya Perancis berakhir pada Ahad selepas kemenangan Macron.

Pelabur juga mula beralih kepada jangkaan kenaikan kadar oleh Fed pada bulan Jun selepas komen agresif daripada pegawai-pagawai Fed yang turut mendorong keuntungan mendadak oleh Hasil Perbendaharaan AS dan US Dollar.

 

Donald Trump Memecat Direktor FBI, USD Menjunam!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat