Harga emas dilaporkan kembali stabil dan mengekalkan keuntungannya selepas pasaran menerima berita bahawa Amerika Syarikat (AS) dan Iran telah mencapai perjanjian tentatif untuk sementara bagi melanjutkan tempoh gencatan senjata selama 60 hari.
Perjanjian ini juga bertujuan untuk memulakan rundingan menamatkan perang di Timur Tengah serta membincangkan program nuklear Tehran. Berita gembira ini secara tidak langsung telah mengurangkan ketakutan pelabur terhadap isu inflasi global.
Harga emas spot naik 0.3% kepada $4,507.47 seauns. Logam perak turut meningkat 0.4% kepada $75.96, manakala harga platinum, palladium, dan indeks mata wang dolar AS dilaporkan tidak banyak berubah.
Sebelum perjanjian ini diumumkan, harga emas sebenarnya sempat jatuh ke paras terendah dalam tempoh dua bulan pada hari Khamis akibat serangan udara yang hampir menggagalkan rundingan damai.
Namun, sebaik sahaja berita gencatan senjata keluar, harga emas terus melantun naik. Walau bagaimanapun, keputusan rasmi ini masih menunggu kelulusan muktamad daripada Presiden AS, Donald Trump.
Penutupan Selat Hormuz sebelum ini telah memberikan ‘kejutan inflasi’ kepada ekonomi dunia kerana harga minyak dan kos logistik naik mendadak. Hal ini membuatkan ramai risau jika ) terpaksa mengekalkan kadar faedah bank yang tinggi untuk tempoh yang lebih lama bagi mengawal inflasi.
Data terbaharu menunjukkan laporan Fed menunjukkanperbelanjaan pengguna di AS meningkat pada bulan April, menyebabkan kadar inflasi tahunan meningkat pada tahap paling pantas sejak tahun 2023.
Namun, pada masa yang sama, ekonomi AS didapati berkembang agak perlahan pada suku pertama tahun ini dengan kadar 1.6%. Disebabkan isyarat ekonomi yang mengelirukan ini, harga emas sebenarnya sudah jatuh sekitar 15% sejak penghujung Februari lalu.
Menurut Christopher Wong, seorang pakar strategi dari Oversea-Chinese Banking Corp (OCBC), kenaikan harga emas buat masa ini dilihat sebagai satu bentuk ‘kelegaan sementara’ bagi pasaran makroekonomi. Emas hanya akan mendapat sokongan padu untuk naik lebih tinggi sekiranya kebimbangan mengenai kenaikan kadar faedah bank mula reda.
Namun buat masa sekarang, pergerakan harga emas mungkin masih tidak menentu sehinggalah pasaran mendapat gambaran yang lebih jelas tentang pembukaan semula laluan Selat Hormuz dan syarat-syarat penuh di dalam perjanjian rasmi antara AS dan Iran nanti.

























































