Arab Saudi Naikkan Harga Eksport Ke Asia, Namun Peningkatan Harga Minyak Terbatas

252

Dagangan komoditi hitam kembali didagangkan berhati-hati pada sesi Asia setelah meraih peningkatan disokong oleh tindakan negara pengeluar utama untuk menyokong pasaran minyak mentah dalam menghadapi krisis pandemik coronavirus.

Arab Saudi mengumumkan akan menaikkan harga minyak mentah ke Asia bagi eksport bulan Ogos ketika permintaan global mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan berikutan pembukaan semula aktiviti ekonomi di seluruh dunia.

Ini juga bermaksud syarikat pengeluar Saudi Aramco telah meningkatkan harga jualan rasmi untuk minyak mentah Arab Light kepada pelanggan di Asia iaitu pasaran terbesarnya, untuk bulan ketiga berturut-turut.

Langkah ini dibuat ketika Organisasi Pengeksport Petroleum (OPEC) terus komited dengan memenuhi komitmen mereka dalam pemotongan pengeluaran untuk mengembalikan keseimbangan dalam pasaran.

Walau bagaimanapun, kebimbangan terhadap kekurangan permintaan global akibat peningkatan berterusan kes baru Covid-19 kembali menghimpit pelabur, menyebabkan kenaikan harga minyak terbatas.

Niaga hadapan minyak mentah Brent susut 0.5% kepada $42.88 setong, sementara WTI Amerika Syarikat menurun 0.4% kepada $40.44 setong.

Para pelabur turut meneliti prospek permintaan bahan bakar di AS, di mana beberapa negeri terpaksa menangguhkan rancangan pembukaan semula aktiviti ekonomi mereka setelah menyaksikan peningkatan kes baru yang tinggi setiap hari.

Pasaran kini menantikan penerbitan data daripada Institut Petroleum Amerika (API) pada malam ini, yang dijangka akan menunjukkan penurunan sebanyak 8.1 juta tong dalam bekalan minyak mentah AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat