Arab Saudi Punca Harga Minyak Melonjak!

402

Kesediaan Arab Saudi untuk melakukan pengurangan pengeluaran minyak mentah secara sukarela telah mendorong dagangan komoditi hitam melonjak ke paras tertinggi 10 bulan.

Arab Saudi berjanji akan mengurangkan pengeluarannya sebanyak 1 juta tong sehari pada bulan Februari dan Mac.

Pemotongan ini adalah sebahagian daripada kesepakatan untuk meyakinkan negara anggota OPEC dan sekutunya untuk mengekalkan output di tengah-tengah kebimbangan terhadap perlaksanaan sekatan baru coronavirus akan menjejaskan permintaan bahan bakar.

Susulan itu, niaga hadapan minyak mentah Brent melonjak lebih tinggi pada $54.00 setong. sementara WTI Amerika Syarikat pula menguat pada $50.16 setong.

Pengumuman itu dibuat selepas OPEC+ mencapai persetujuan daripada mesyuarat yang berlangsung selama dua hari, di mana para pengeluar lain akan memastikan tahap pengeluaran semasa mereka tidak berubah atau membuat kenaikan kecil.

Sementara Rusia dan Kazakhstan pula dibenarkan untuk meningkatkan pengeluaran mereka sebanyak 75,000 tong sehari pada bulan Februari dan Mac.

Turut menyokong pengukuhan harga adalah ketegangan politik antara Tehran dan Seoul susulan penyitaan kapal Korea Selatan oleh Pengawal Revolusi Iran di Selat Hormuz.

Selain itu, peningkatan harga juga didorong oleh kejatuhan bekalan minyak mentah AS sebanyak 1.66 juta tong pada minggu lepas, menurut anggaran Institut Petroleum Amerika (API).

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat