Arah Tuju Emas Jadi Tanda Tanya!

1,247

Logam kuning emas sedikit susut pada pembukaan dagangan awal minggu, dibantutkan oleh pengukuhan hasil bon AS dan US dolar di tengah keyakinan pelabur untuk kenaikan kadar faedah menjelang mesyuarat polisi FOMC pada minggu ini.

Menuju penghujung sesi Asia, spot emas diniagakan berlegar pada sekitar harga $1,975 per auns, manakala niaga hadapan emas pula susut pada $1,979 per auns.

Hasil bon AS 10 tahun mengukuh di paras tertinggi hampir satu bulan, mempamerkan peningkatan di atas tahap 2%. Ini turut disusuli oleh US dolar yang didagangkan lebih tinggi berbanding pesaing utamanya.

Pelabur semakin optimis bahawa Federal Reserve (Fed) akan memulakan kitaran pengetatannya dengan menaikkan kadar faedah pada Rabu. Hal ini menjadi faktor negatif buat emas.

Selain mesyuarat FOMC, Bank Pusat England (BOE) dan Jepun (BOJ) juga akan mengadakan pertemuan pada minggu ini. BOE dijangka akan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas sementara BOJ pula kekal dengan dasar monetari semasa.

Sementara itu, krisis Ukraine-Russia yang membelenggu pasaran dilihat semakin mereda selepas kedua-dua negara menyatakan terdapat kemajuan dalam rundingan mereka pada hujung minggu.

Risiko yang sedikit mereda ini membuatkan pelabur melepaskan pegangan terhadap safe-haven emas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat