AS Bakal Haramkan Huawei Selamanya?

205

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, dilaporkan telah menamatkan kelulusan lesen untuk firma negara itu berurus niaga dengan gergasi teknologi China, Huawei.

Tindakan itu dibuat ketika kerajaan terus mengetatkan peraturan eksport teknologi AS ke Beijing.

Menurut BBC yang memetik laporan Financial Times, Jabatan Perdagangan AS telah memberitahu beberapa syarikat di negara itu bahawa ia tidak lagi akan mengeluarkan lesen untuk eksport teknologinya kepada Huawei.

Amerika sebelum ini mendakwa Huawei Technologies sebagai ancaman kepada keselamatan negara dan bekerjasama dengan Parti Komunis China untuk tujuan ketenteraan.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut telah dinafikan berulang kali oleh syarikat itu dan pentadbiran Presiden Xi Jinping.

Jualan daripada firma AS kepada Huawei juga telah dihadkan selama empat tahun sejak pentadbiran bekas Presiden Donald Trump, yang memerlukan pembekal mendapatkan kelulusan kerajaan terlebih dahulu untuk menjual kepada gergasi peralatan komunikasi itu.

Namun, langkah terbaharu ini dilihat akan menyekat Huawei selamanya dari menggunakan teknologi AS dalam pembuatan produknya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat