AS Buat Asia Huru-Hara

517

Kedutaan China di Filipina mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) yang mencetuskan ‘huru-hara’ di Asia susulan lawatan wakil White House ke Manila semalam.

Penasihat keselamatan nasional AS, Robert O’Brien semalam menyatakan komitmen AS terhadap Taiwan selain memberitahu Filipina serta Vietnam bahawa Washington sentiasa memberi sokongan berhubung pertikaian kedua-dua negara itu dengan China berkaitan isu Laut China Selatan.

“Ini menunjukkan lawatannya ke rantau ini bukan untuk mempromosikan keamanan dan kestabilan serantau tetapi untuk mewujudkan huru-hara di rantau ini demi kepentingan peribadi AS,” menurut kenyataan dikeluarkan oleh kedutaan tersebut semalam.

Tambah kenyataan berkenaan, AS perlu berhenti mencetuskan konfrontasi di Laut China Selatan dan berhenti mengeluarkan kenyataan berunsur tidak bertanggungjawab berhubung isu Taiwan serta Hong Kong, yang sememangnya adalah hal ehwal dalaman China.

“Fakta telah membuktikan AS merupakan pencetus terbesar aktiviti ketenteraan dan merupakan faktor luaran yang paling berbahaya di Laut China Selatan,” ujar kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, O’Brien memberi amaran China akan berdepan kritikan sekiranya terus menggunakan kekerasan terhadap Taiwan. China ketika ini menyifatkan Taiwan sebagai salah satu wilayah jajahannya.

Hubungan AS dan China dilihat kian tegang susulan beberapa isu seperti teknologi dan hak asasi manusia serta Washington menuduh Beijing ‘pembawa’ virus Covid-19.

China menuntut 90% kawasan di Laut China Selatan termasuklah kawasan yang dituntut oleh Malaysia, Brunei, Filipina, Taiwan dan Vietnam. AS berulang kali menghantar kapal perang ke perairan berkenaan bagi tujuan ‘mendemonstrasikan’ kebebasan pelayaran di wilayah tersebut.

Kedutaan AS di Filipina bagaimanapun tidak memberikan sebarang respons lagi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat