‘AS Sudah Hancur!’ – Presiden Rusia

3,261

Kemenangan Joe Biden dalam pilihan raya 3 November lalu rupanya masih tidak diterima presiden Rusia, Vladimir Putin.

Menurutnya dalam satu kenyataan media pada Ahad, pihaknya hanya akan bekerjasama dengan mereka yang memiliki keyakinan rakyat Amerika.

Jelasnya lagi, keyakinan itu hanya milik calon yang kemenangannya diakui oleh pihak lawan atau keputusannya diakui dengan cara yang sah.

Ulasan itu merupakan perincian penolakannya sejak pilihan raya tempoh hari.

Putin merupakan salah seorang pemerintah yang tidak mengiktiraf Biden sebagai bakal presiden AS bermula 2021.

Sebelum ini Rusia dituduh oleh agensi perisikan AS, kononnya masuk campur dalam kemenangan presiden Donald Trump pada 2016.

Secara tidak langsung perkara itu mengundang kebimbangan Biden terhadap tekanan sekatan dan pertembungan hak asasi manusia.

Putin pada masa yang sama menjelaskan keputusan Kremlin untuk tidak meraikan kemenangan Biden sebagai satu formaliti tanpa motif tersembunyi.

Bukankah ini tindakan ini merosakkan hubungan Rusia-AS pada masa akan datang?

Presiden Rusia itu percaya tiada apa yang terjejas kerana AS menurutnya sudah pun hancur.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat