AS Tubuhkan Pasukan Penguatkuasaan Jenayah Kripto

660

National Cryptocurrency Enforcement Team telah diwujudkan berketetapan 6 Oktober bagi membendung kegiatan jenayah dalam sektor matawang kripto, termasuk penggunaan matawang digital bagi tujuan jenayah seperti sindiket pengubahan wang haram dan pengedaran dadah.

Penubuhan pasukan ini diumumkan sendiri oleh Timbalan Peguam Negara, Lisa Monaco pada hari yang sama.

Usaha yang diketengahkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) ini adalah bertujuan untuk mewujudkan kemampuan melumpuhkan golongan yang mengendalikan aktiviti jenayah siber.

Penubuhan pasukan ini merupakan satu daripada dua inisiatif yang mensasarkan aset digital seperti dinyatakan oleh Jabatan Kehakiman.

Taktik yang akan digunakan diambil daripada pakar anti-penyelewengan wang dan sekuriti siber supaya lebih tinggi keyakinan dan keselamatan kripto kepada orang ramai.

Manakala yang kedua, menggalakkan firma-firma membuat laporan berkaitan pelanggaran undang-undang siber secepat yang mungkin. Malah, inisiatif penipuan siber awam juga akan diwujudkan.

Inisiatif-inisiatif ini jelas menunjukkan persediaan AS untuk menangani isu serangan siber berprofil tinggi yang mengganggu negara itu.

Misalnya pada Mei telah berlaku serangan terhadap Colonial Pipeline yang mana menyebabkan kekurangan gas tempatan di Pantai Timur sehingga wujudnya peraturan khusus keselamatan sekuriti siber untuk pemilik saluran paip gas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat