AS-UK Bincang Perjanjian Tarif Perdagangan

101

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan dalam rundingan dengan United Kingdom (UK) untuk memeterai perjanjian mini bagi mengurangkan tarif perdagangan.

Wakil Perdagangan AS, Robert Lighthizer berkata beliau berharap perjanjian itu dapat dimuktamadkan.

UK baru-baru ini menyatakan akan menurunkan tarif terhadap subsidi AS untuk syarikat aeroangkasa.

Dalam temuramah antarabangsa pertamanya, Lightizer mencadangkan UK perlu melakukan langkah yang drastik terhadap pengumuman negara itu yang tidak lagi akan mengenakan tarif terhadap import Boeing pada minggu lalu.

“Saya sudah berbincang dengan Setiausaha Perdagangan Antarabangsa Britain, Liz Truss mengenai perkara itu tentang memuktamadkan beberapa perjanjian. Saya berharap kita boleh memeterai perjanjian, kita tidak akan tahu kerana kami tidak mempunyai banyak masa.

“Kami mempunyai kelebihan kerana AS dan UK, terutamanya kerajaan UK sekarang tidak memberi subsidi yang besar manakala beberapa negara lain lebih cenderung untuk memberi subsidi. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya kita boleh mencapai kata sepakat,” kata Lightizer.

Sementara itu, ketika ditanya tentang tuntutan untuk mematuhi piawaian standard UK ke atas daging dan ayam serta mengubah kaedah National Health Services (NHS) UK untuk ubat-ubatan AS, Lightizer memaklumkan rundingan itu sedang berjalan.

“Anda tahu, secara jelasnya, AS memerlukan akses tambahan kepada pasaran agrikultur di UK, itu adalah bahagian penting dalam rundingan itu, setiap pihak perlu mendapatkan sesuatu daripadanya. Ini adalah masalah teknikal yang rumit dan perkara-perkara berkenaan adalah sesuatu yang perlu diselesaikan di peringkat akhir rundingan,” jelas beliau.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat