Asia Mencatatkan Aktiviti Kripto Paling Tinggi!

866

Siapa sangka, rupanya rantau Asia mendominasi hampir keseluruhan pasaran kripto berdasarkan kajian daripada Messari.

China, Jepun, Korea, Hong Kong dan Singapura mendahului pasaran dengan liquidity pools yang dalam diikuti dengan beberapa negara Asia yang turut menunjukkan potensi tinggi dalam sektor ini.

Laporan itu juga ada menyebut China sebagai negara pertama yang mewakili aktiviti whales dan perdagangan kripto

“Asia Timur (majoritinya China) mendominasi 90% dagangan short-term di atas $10,000 berbanding Amerika Utara yang lebih menfokuskan kepada pemilikan long-term Bitcoin (BTC).”

Data Chainalysis ada mengetengahkan sepanjang 12 bulan sehingga Jun 2020, aktiviti matawang kripto di Asia mencapai kadar 43% atau hampir $300 bilion transaksi, merangkumi keseluruhan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Kajian Messari juga menunjukkan sebanyak 20 projek token teratas dan lebih 40% permodalan pasaran berpusat di Asia. Manakala, syarikat di rantau ini telah menyumbang 94% daripada jumlah niaga hadapan BTC.

Enam firma kripto dari 10 teratas didapati dari Asia iaitu Binance, Bitmain, Canaan, Block.one, Ebang dan Liquid yang mana separuh daripadanya berkait dengan perlombongan Bitcoin.

China buat masa ini mengawal 65% hash rate BTC manakala Malaysia memasuki kedudukan kelima teratas dengan kadar hash rate mencecah 4.33%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat