AUD dan NZD Mencatat Lonjakan Selepas Pengumuman Data Positif Dari New Zealand

67

Dollar New Zealand dan Australia meningkat berbanding matawang US Dollar dalam sesi ini sebaik sahaja New Zealand mengumumkan data inflasi yang akan positif. Dalam masa yang sama, ketegangan geopolitik di seluruh dunia juga menenggelamkan permintaan bagi matawang US Dollar.

NZD/USD meningkat sebanyak 0.50 peratus kepada 0.7039.

Jabatan Statistik New Zealand sebelum ini memaklumkan bahawa indeks harga pengguna meningkat sebanyak 1.0 peratus pada suku pertama. Angka ini menewaskan jangkaan kenaikan sebanyak 0.8 peratus selepas meningkat sebanyak 0.4 peratus dalam tempoh tiga bulan sehingga Disember yang lepas.

Harga pengguna meningkat sebanyak 2.0 peratus bagi tahun ke tahun pada suku terakhir, melebihi jangkaan kenaikan sebanyak 2.2 peratus.

AUD/USD juga dilapor meningkat sebanyak 0.13 peratus kepada 0.7508.

Sentimen terhadap matawang US Dollar kekal terdedah selepas Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson berkata pada Rabu bahawa beliau sedang mencari jalan untuk memberi tekanan kepada Korea Utara terhadap program nuklearnya.

Komen-komen tersebut muncul selepas media kerajaan Korea Utara memberi amaran kepada rakyat Amerika dengan amaran serangan yang super kuat dan “don’t mess with us”.

Secara berasingan, Timbalan Perdana Menteri Jepun, Taro Aso yang mengetuai dialog ekonomi diantara Jepun dan AS berkata pada Rabu bahawa Jepun hanya mempunyai sedikit ruang untuk bertolak ansur dengan Washington di dalam perjanjian perdagangan dua hala.

Pelabur juga bakal meneliti sama ada Trump akan muncul dengan pembaharuan dasar fiskal dan cukai dalam masa terdekat.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding matawang yang lain kali terakhir dinilai menjunam sebanyak 0.13 peratus kepada 99.58, tidak jauh daripada paras terendah dalam tempoh tiga minggu.

Indonesia Pula Jadi Sasaran AS Bagi Menuntut Perdagangan Dua Hala yang Lebih Bersifat “Adil”

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat