Indonesia Pula Jadi Sasaran AS Bagi Menuntut Perdagangan Dua Hala yang Lebih Bersifat “Adil”

99

Naib Presiden AS, Mike Pence berkata pada hari Khamis bahawa pentadbiran beliau mahu perdagangan yang lebih adil dengan Indonesia memandangkan Washington memberikan penekanan kepada beberapa negara yang mempunyai defisit perdagangan AS.

Selepas mengadakan mesyuarat dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo, Pence mengatakan bahawa Washington mahukan “win-win relationship” daripada ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu.

Indonesia merupakan salah satu negara yang mendapat perhatian daripada 16 negara lain kerana mempunyai lebihan dagangan dengan Amerika Syarikat.

Data rasmi daripada Kementerian Perdagangan Indonesia melaporkan bahawa jumlah perdagangan di antara kedua-dua negara mencecah sehingga $23.44 Billion pada tahun 2016 dengan lebihan dagangan yang berpihak kepada Indonesia sebanyak $8.84 Billion. Indonesia mengeksport tekstil, kasut dan makanan laut disamping mengimport pesawat jentera dan kacang soya daripada AS.

Dalam lawatan tersebut Pence menggesa kerjasama daripada kedua-dua negara bagi memerangi keganasan dan mengekalkan kebebasan di rantau ini. Pence tiba di Jakarta lewat kelmarin dari Jepun selepas membina persefahaman dengan Tokyo agar bersama-sama mengekang cita-cita Korea Utara dalam menjalankan ujian peluru berpandu dan nuklear.

Washington juga menyifatkan lawatan Pence ke Jakarta itu bagi membina perkongsian strategik dan membina persefahaman di antara negara kedua dan ketiga berdemokrasi di dunia tersebut.

Enam bulan sebelum lawatan ini, Indonesia dikatakan mempunyai konflik dengan gergasi perlombongan McMoran dan menuntut syarikat tersebut menjual 51 peratus saham di lombong emas dan tembaga yang berpangkalan di Papua. Selain itu, Indonesia juga menuntut syarikat Google menyelesaikan cukai yang tidak dibayar yang mencecah kira-kira $400 juta disamping isu nama JP Morgan yang dipadam daripada senarai bon utama selepas laporan yang agak negatif dikeluarkan.

Google enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan terbabit manakala JPMorgan juga tidak bertindak balas apabila diminta untuk memberikan komen.

Sebagai pemimpin yang mempunyai penduduk yang paling ramai menganut agama Islam, Widodo juga sempat menyuarakan kebimbangan terhadap dasar imigresen Trump yang memberi layanan berat sebelah kepada rakyat Islam.

Pence seterusnya pada Khamis dijadual akan melawat masjid terbesar di Asia Tenggara iaitu Masjid Istiqlal.

Widodo sempat berkata dalam satu sidang akhbar bersama Pence bahawa kedua-dua negara akan meningkatkan perkongsian strategik yang bakal memberi tumpuan kepada kerjasama dua hala dan pelaburan.

Dalam tempoh sebulan akan datang, kedua-dua negara ini juga akan membentuk satu pasukan bagi membincangkan tentang pengurusan perdagangan dua hala berdasarkan prinsip menang-menang.

Ekonomi AS Masih Berdepan Dengan Tekanan Inflasi : Fed

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat