Ekonomi AS Masih Berdepan Dengan Tekanan Inflasi : Fed

52

Ekonomi AS berkembang pada tahap sederhana pada pertengahan Februari dan akhir Mac, namun tekanan inflasi masih dalam penelitian disebabkan beberapa masalah yang timbul untuk mengekalkan pertumbuhan pekerjaan.

Feb berkata demikian semalam.

Menurut Fed, laporan ini dikeluarkan setelah menilai tahap kesihatan ekonomi disamping meneliti hubungan perniagaan di seluruh negara. Kebanyakan syarikat juga menjangkakan pertumbuhan akan kekal sederhana beberapa bulan akan datang.

Fed menaikkan kadar faedah penanda aras pada bulan Mac buat kali yang kedua dalam tempoh tiga bulan setelah mengambil kira prospek ekonomi yang lebih kukuh, kadar guna tenaga penuh serta peningkatan inflasi secara beransur-ansur.

Namun, yang masih menjadi perdebatan ialah sejauh mana inflasi boleh dikekalkan bagi mencapai sasaran bank pusat sebanyak 2 peratus dalam tempoh beberapa tahun.

Di tempat lain, kebanyakan perniagaan juga mengalami kesukaran untuk mengisi jawatan berkemahiran rendah dan sebilangan besar syarikat juga mempunyai masalah untuk mengekalkan pekerja berikutan tekanan upah yang meningkat.

Fed Atlanta juga menyebut bahawa syarikat di kawasan tersebut juga masih berusaha untuk mendapatkan pekerja, mencari pekerja yang berkualiti, terutamanya yang mempunyai kemahiran teknikal seperti bidang jualan, kewangan dan teknologi maklumat.

Walaupun pertumbuhan pekerjaan dicatat agak lembab bulan lalu, kadar pengangguran AS jatuh ke tahap berhampiran bacaan terendah sepanjang 10 tahun sebanyak 4.5 peratus.

Kemana Hala Tuju Emas Dalam Sesi Asia?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat