Kemana Hala Tuju Emas Dalam Sesi Asia?

73

Harga emas menyusut dalam sesi Asia pada Khamis namun masih terus mendapat sokongan menjelang pilihanraya Perancis yang bakal diadakan hujung minggu ini. Proses pilihanraya Britain yang direncanakan lebih awal juga menonjolkan risiko politik semasa kepada pasaran.

Emas bagi penghantaran Jun di bahagian Comex menjunam sebanyak 0.23 peratus kepada $1,280.50 satu troy ounce. Silver futures juga dilaporkan meningkat sebanyak 0.10 peratus manakala copper menjunam 0.16 peratus.

Pada hari ini, pelombong dari Australia menurunkan sasaran pengeluaran copper disebabkan oleh mogok di lombong Escondida di Chile dan penutupan lombong Grasberg, Indonesia dalam laporan pengeluaran suku pertama. Cuaca yang agak buruk juga sedikit sebanyak menjejaskan pengeluaran komoditi terbabit.

Semalam, harga emas menjunam pada Rabu apabila permintaan terhadap logam berharga semakin berkurangan selepas US dollar kembali bangkit daripada tahap terendah. Matawang gergasi rebound walaupun ketegangan geopolitik masih berlarutan di Korea Utara.

Fed rate monitor tool kini menunjukkan bacaan sebanyak 40 peratus terhadap jangkaan kenaikan kadar pada bulan Jun ini berbanding 52.8 peratus daripada minggu sebelumnya.

Dalam masa yang sama, emas kekal mendapat sokongan daripada risiko politik global yang masih berterusan. Di Korea Utara pada Isnin, Kom Jong Un menegaskan bahawa negara terbabit akan tetap meneruskan ujian peluru berpandu pada masa akan datang.

Di tempat lain, parlimen British meluluskan saranan Presiden British, Theresa May untuk mengadakan pilihan raya dengan lebih awal.

Sementara itu di Perancis, ketidaktentuan terhadap keputusan pilihan raya juga menyokong harga emas memandangkan pelabur sedang bersiap sedia untuk menghadapi pusingan pertama pilihanraya Perancis yang ditetapkan pada 23 April ini.

Hati-Hati Dengan Harga Minyak Global Yang Ibarat “Roller Coaster” Ini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat