AUD Pasif Selepas Mesyuarat RBA Manakala GBP Semakin Tertekan.

358

Reserve Bank of Australia (RBA) sekali lagi telah menurunkan kadar faedah dari paras 1.25% kepada 1.00% untuk mesyuarat Julai kali ini seperti yang dijangkakan oleh pasaran.

Penurunan tersebut mencatatkan sejarah paras terendah terbaru oleh bank pusat setelah pengurangan kadar diteruskan sejak mesyuarat sebelum ini.

Bank pusat menjelaskan tindakan tersebut adalah bersesuaian dengan unjuran ekonomi global dan menyokong pertumbuhan pasaran buruh serta mengawal kadar inflasi untuk tempoh jangka masa sederhana.

Secara keseluruhan, sentimen pasaran Asia hari ini didagangkan rendah dengan hasil bon perbendaharaan A.S. jatuh berikutan aktiviti perkilangan global yang lemah telah menguatkan kebimbangan mengenai pertumbuhan yang perlahan.

Sementara itu, Pound Sterling pula menyusut selepas data menunjukkan sektor pembinaan UK menguncup pada kadar terpantas selama lebih kurang sedekad pada bulan Jun di tengah ketidakpastian politik dan ekonomi yang semakin meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat