AUD/USD Akan Terjerumus Ke Paras Terendah Terbaru 2 Tahun Lagi?

111

Minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) bakal diteliti oleh pelabur pada Selasa selepas kenaikan kadar faedah pada mesyuarat terbaru adalah lebih perlahan berbanding jangkaan.

Jangkaan kenaikan 50 mata asas kepada 2.85% dari 2.35% tidak kesampaian apabila RBA hanya menaikkan kadar kepada 2.60%.

Selain itu laporan data pekerjaan Australia pada Khamis juga akan menjadi tumpuan untuk penilaian bank pusat dalam penetapan dasar monetari selanjutnya.

Sentimen pasaran yang masih berisiko juga dilihat tidak memihak kepada dolar Australia yang menerima tekanan pengukuhan mata wang US dolar di penghujung minggu.

Ini dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD yang menunjukkan pengukuhan pada dagangan Jumaat lalu selepas gagal untuk meneruskan corak kenaikan harga pada hari sebelumnya.

Kenaikan yang gagal melepasi zon SBR (support become resistance) 0.63500 kemudiannya mempamerkan penurunan semula sekitar 150 pips ke paras 0.62000 yang menjadi zon support buat harga.

Trend bearish harga kembali dinilai selepas harga bergerak semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD.

Pergerakan harga perlahan menyambung dagangan di awal minggu ini dengan corak kenaikan yang lemah dipaparkan pada sesi Asia pagi ini, namun penganalisis menjangkakan harga lebih cenderung untuk meneruskan penurunan.

Jika harga membuat penurunan melepasi support 0.62000 yang dicecah minggu lalu, harga bakal mencatatkan paras terendah terbaru 2 tahun.

Penurunan harga berkemungkinan boleh mencecah sehingga ke sekitar zon 0.60000.

Namun, jika zon 0.62000 masih berjaya membendung kejatuhan lebih rendah harga minggu ini, kenaikan harga boleh dijangkakan untuk menguji sekali lagi zon SBR 0.63500 setelah melepasi halangan MA50.

Kenaikan lebih tinggi melepasi pula zon SBR 0.63500 tersebut akan mensasarkan zon rintangan pada 0.65300.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat