AUD/USD Bakal Terbenam Bawah Paras $0.6600?

170

Memerhati pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD, berlaku lantunan di zon penting iaitu 0.66000 pada dagangan Jumaat lalu.

Adakah ini sudah menandakan isyarat untuk perubahan semula arah harga?

Sepanjang minggu lalu, corak penurunan telah dipaparkan dengan terjunan harga di awal minggu dari zon 0.67000 melengkapkan 100 pips ketika harga mencecah zon 0.66000 pada Jumaat.

Ini adalah berikutan perubahan yang berlaku ke atas dagangan mata wang US dolar yang berjaya paparkan pemulihan semula setelah jangkaan untuk mengekalkan dasar monetari ketat di Amerika Syarikat (AS) kembali meningkat.

Di sesi-sesi akhir, harga telah pamerkan lantunan semula menguji zon 0.66000 yang menjadi support buat harga.

Kenaikan harga melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD itu memberi petanda awal untuk trend bullish bermula semula.

Namun, pelabur akan menantikan petunjuk terbaru minggu ini untuk menentukan pergerakan lebih jelas harga.

Sekiranya berlaku kenaikan lebih tinggi, harga dijangka akan menuju semula paras 0.67000 minggu lalu untuk menguji zon rintangan penting itu.

Setelah zon tersebut berjaya dilepasi, harga bakal catatkan paras ketinggian terbaru 4 bulan dengan sasaran mencapai 0.67600.

Sebaliknya jika berlaku kejatuhan semula harga, support 0.66000 bakal diuji dan reaksi yang ditunjukkan akan menentukan perjalanan harga seterusnya.

Jika harga semakin menjunam ke bawah, jelas trend bearish harga diteruskan dan harga boleh mencecah ke sekitar 0.65400.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat