Kenapa mata wang dolar Australia djangka akan semakin melemah pada esok hari (Khamis)?
Jawapannya adalah kerana jangkaan terhadap laporan data pekerjaan Australia yang bakal diterbitkan di sesi Asia esok dengan ramalan angka yang suram.
Pertambahan pekerjaan di Australia untuk bulan Jun diramalkan perlahan sebanyak 19,900 sahaja berbanding bulan sebelumnya, 39,700.
Sementara kadar pengangguran pula dijangka untuk meningkat naik kepada 4.1% semula selepas sebelum ini turun ke paras 4.0%.
Ramalan ini menunjukkan perkembangan yang suram sektor buruh di Australia dan situasi ini akan mendorong Reserve Bank of Australia (RBA) untuk melonggarkan dasar monetari mereka.
Untuk pergerakan harga pula, dapat dilihat carta pasangan mata wang AUD/USD sejak awal minggu menunjukkan corak penurunan, berbeza berbanding kenaikan positif minggu lalu.
Sehingga ke sesi New York semalam, harga telah membuat penurunan mencecah paras 0.67150 sekaligus melepasi paras terendah yang didagangkan pada minggu lalu pada 0.67240.
Situasi penurunan harga berlaku ketika pelabur berwaspada menjangkakan penyusutan bakal berlaku ke atas US dolar selepas isyarat dovish disampaikan dalam ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell berkenaan langkah pemotongan kadar faedah.
Harga pada carta AUD/USD paparkan pergerakan bearish yang berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Dengan penurunan yang dipaparkan, harga berkemungkinan boleh mencecah zon 0.67000 yang dilihat sebagai tumpuan penting.
Reaksi di sekitar zon tersebut akan memberi petunjuk bagi arah selanjutnya sama ada harga akan melantun semula atau jatuh lebih rendah.
Jika kenaikan berlaku semula melihatkan harga melepasi halangan MA50, sasaran adalah untuk harga menuju ke paras ketinggian 0.68000.
Paras itu dilihat sebagai zon rintangan yang perlu ditembusi harga jika ingin mencatatkan paras ketinggian terbaru yang lebih tinggi selepas itu.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG