US dolar didagangkan bercampur-campur pada sesi New York semalam namun menunjukkan sedikit pengukuhan menyambung dagangan pada sesi Asia hari ini (Selasa).
Faktor yang dilihat menyokong US dolar adalah kenyataan oleh Gabenor Federal Reserve (Fed) Michele Bowman yang berpandangan kenaikan kadar faedah tambahan masih perlu dilaksanakan untuk menurunkan inflasi ke paras sasaran bank pusat.
Justeru, kebanyakan mata wang utama masih lagi akan menerima asakan oleh US dolar namun tekanan dilihat tidak begitu ketara berikutan pelabur juga sedang berjaga-jaga menantikan data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan untuk petunjuk dasar monetari Fed berikutnya.
Seperti yang berlaku ke atas mata wang dolar Australia, peningkatan nilai yang dipaparkan pada dagangan penghujung minggu lalu kembali terbantut dengan jangkaan pengukuhan oleh US dolar.
Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang AUD/USD, harga yang memaparkan corak kenaikan pada penutup minggu lalu tidak menunjukkan tanda-tanda untuk diteruskan.
Sebaliknya harga bergerak mendatar sepanjang Isnin semalam di sekitar zon 0.65600 selain meniti di paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Isyarat bearish dinilai pada sesi Asia pagi ini apabila harga mula bergerak di bawah paras MA50 dan susut ke paras 0.65400.
Sekiranya harga berterusan alami penurunan, paras terendah terbaru berkemungkinan akan dicatatkan dengan jangkaan harga menuju sekitar 0.64500 yang merupakan paras sokongan diuji pada penghujung Mei lalu.
Penurunan lebih rendah yang dilanjutkan boleh mencecah hingga sekitar 0.63700 untuk rekod terendah terbaru harga tahun ini.
Namun jika harga kembali melonjak semula, zon SBR (support become resistance) 0.66300 akan menjadi tumpuan selepas kenaikan melepasi halangan pada MA50.
Kenaikan yang diteruskan boleh mencapai paras 0.67000 atau ketinggian pada awal minggu lepas sekitar 0.67400.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG