Carta harga pasangan mata wang AUD/USD paparkan corak penurunan yang berterusan dan mencatatkan paras terendah terbaru lagi menuju penghujung minggu ini.
Situasi ini menyusuli reaksi pasaran pada mesyuarat polisi bank pusat Australia pada Selasa lalu apabila jangkaan meleset, menyaksikan kadar faedah sebaliknya dikekalkan.
Pada dagangan Rabu semalam, penurunan harga telah mencecah ke zon support tumpuan pada 0.65400 dan harga berlegar mendatar di zon tersebut menyambung dagangan pada hari ini (Khamis).
Dolar Australia dilihat gagal menahan asakan pengukuhan US dolar untuk dua hari berturut-turut yang berubah di awal minggu yang lebih positif meningkat.
Angka yang positif pada laporan data pekerjaan ADP Amerika Syarikat (AS) di sesi New York semalam terus memberi sokongan semula kepada US dolar yang sebelumnya dihimpit risiko faktor penurunan taraf kredit untuk negara itu.
Pergerakan harga yang kekal di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD masih memberi isyarat bearish.
Sekiranya harga menyambung kejatuhan lebih rendah selepas mendatar pada zon 0.65400, penurunan boleh dijangkakan menuju sehingga ke sekitar 0.64600 yang menjadi sokongan harga pada dagangan penutup Mei lalu.
Ini akan menjadi catatan terendah terbaru buat harga bagi tempoh dagangan 9 minggu.
Sementara, jika harga berubah arah membuat kenaikan pula, paras halangan MA50 akan diuji dan jika dilepasi akan menjadi petunjuk untuk perubahan trend bullish.
Harga yang meningkat akan menguji zon RBS (resistance become support) pada 0.66300 seterusnya pula ke paras 0.67000.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG