Carta harga pasangan mata wang AUD/USD telah menampilkan corak pergerakan yang berbeza pada minggu ini apabila perubahan telah berlaku pada dagangan mata wang US dolar.
Jika sebelum ini dolar Australia yang mengukuh dengan kejutan kenaikan kadar faedah oleh bank pusat Australia, minggu ini US dolar dilihat lebih mendominasi keadaan dan menenggelamkan prestasi cemerlang dolar Australia sebelumnya.
Federal Reserve (Fed) yang mengisyaratkan kenaikan kadar faedah selepas ini telah mengembalikan tarikan terhadap mata wang US dolar dalam pasaran mata wang.
Walaupun agak bercampur, namun US dolar dilihat tetap memberi tekanan kepada dolar Aussie sehingga menuju dagangan ke penghujung minggu ini.
Pada carta AUD/USD, kenaikan harga yang diperlihatkan telah mencapai paras 0.69000 minggu lalu dengan merekodkan paras tertinggi 4 bulan.
Namun corak harga berubah pada minggu ini yang mempamerkan kejatuhan semula dan sehingga setakat sesi Eropah petang ini, harga telah susut ke sekitar 0.67000.
Pergerakan harga kekal di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD mengunjurkan trend bearish yang berterusan.
Jika situasi kekal tidak berubah, harga boleh menggelongsor lebih rendah lagi selepas melepasi 0.67000.
Zon RBS (resistance become support) 0.66400 akan menjadi tumpuan harga pada penurunan yang masih diteruskan di sesi-sesi akhir ini.
Namun jika berlaku lantunan semula harga, zon SBR (support become resistance) pada 0.67600 pula akan dituju harga selain halangan MA50 turut akan diuji.
Jika melepasi lebih tinggi, harga bakal meningkat semula ke sekitar 0.68300 sebelum melanjutkan semula pendakian ke puncak 0.69000 yang dicapai minggu lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG