AUD/USD Catat 140 Pips Penurunan Harian, Trend Harga Bakal Berubah?

745

Matawang berpulangan tinggi seperti dolar Australia dan dolar New Zealand pada dagangan Selasa semalam menunjukkan penyusutan berbanding US dolar namun sentimen pasaran yang masih positif disokong oleh aktiviti ekonomi yang semakin pulih bakal memberi kelebihan pada matawang tersebut.

Dolar Australia pada awal sesi Asia pagi ini bermula dilihat bergerak lemah menjelang data sentimen pengguna tinjauan Westpac serta data ekonomi China yang mempengaruhi matawang Aussie.

Kedua-dua data tersebut mencatatkan bacaan angka yang menurun namun Aussie tidak menunjukkan reaksi drastik susulan terbitan data-data tersebut.

Pergerakan US dolar juga dilihat tidak menentu dengan sentimen pasaran yang agak bercampur di samping kebimbangan pasaran menjelang data inflasi US dan juga mesyuarat FOMC pada awal pagi ini.

Pada carta harga bagi pasangan matawang AUD/USD semalam, harga telah mencatatkan penurunan harian sekitar 140 pips melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Harga membuat kenaikan semula pada sesi pasaran US sekitar 70 pips sebelum menutup dagangan sekitar paras 0.69600.

Menyambung dagangan pada hari ini, harga bergerak turun hampir menyentuh paras 0.69300 sebelum menunjukkan kenaikan ke paras halangan MA50 walaupun data yang diterbitkan pada sesi Asia tidak menyokong dagangan Aussie.

Harga berkemungkinan membuat penurunan menguji semula paras terendah harian semalam pada support 0.69000.

Penurunan yang diteruskan bakal menuju zon RBS (resistance become support) di bawah paras 0.68300.

Namun jika harga kekal meneruskan kenaikan pada minggu-minggu sebelum ini, harga bakal melepasi paras ketinggian yang dicapai semalam pada 0.70400 sebelum menuju resistance 0.70800.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat