AUD/USD Cemerlang Kekalkan Corak Bullish Sepanjang Minggu Ini

217

Sehingga ke penghujung minggu ini, prestasi US dolar kekal suram selepas mesyuarat FOMC minggu lalu menyaksikan kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).

Dengan US dolar yang bergerak lemah, mata wang utama lain dalam pasaran mengambil kesempatan untuk didagangkan meningkat berbanding raja mata wang itu.

Seperti mata wang dolar Australia, walaupun dibebani oleh sentimen pasaran yang berisiko, namun masih berjaya bergerak menaik berbanding US dolar sepanjang minggu ini.

Pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, corak kenaikan berjaya dikekalkan sehingga hari ini (Jumaat) selepas harga melonjak di atas paras 0.74000 pada awal minggu.

Setakat sesi Eropah petang ini, harga telah berjaya mencapai paras ketinggian sekitar 0.75300, merekodkan paras tertinggi terbaru 5 bulan.

Pergerakan harga kekal berada dalam trend bullish yang disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Kenaikan harga sebelum ini dijangkakan untuk menuju paras ketinggian pada 0.75500. Paras tersebut merupakan zon rintangan yang pernah diuji sebelum ini pada penghujung Oktober 2021.

Walaupun kekal memaparkan corak kenaikan harga yang berterusan, pelabur masih waspada untuk perubahan trend yang boleh berlaku menantikan US dolar untuk mendapat rentak pengukuhannya semula.

Untuk penurunan harga yang berlaku, paras 0.74400 bakal menjadi tumpuan untuk harga menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Penurunan yang melepasi paras sokongan MA50 juga akan memberi isyarat untuk perubahan trend bearish.

Penurunan yang lebih rendah diteruskan di bawah zon RBS 0.74400 tersebut seterusnya akan menuju zon sekitar 0.73600 pula.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat