Menjadi tumpuan pada dagangan sesi Asia hari ini (Selasa) adalah terarah kepada keputusan mesyuarat polisi monetari bank pusat Australia.
Seperti yang dijangkakan, Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 4.35% untuk mesyuarat terbaru.
Gabenor Michele Bullock membentangkan dasar monetari dengan menggariskan bahawa langkah penetapan dasar selanjutnya akan bergantung kepada kadar inflasi semasa.
Ahli mesyuarat kekal komited untuk menurunkan inflasi ke paras sasaran bank pusat.
Pasaran menghadam keputusan mesyuarat tersebut dengan penganalisis melihat keadaan yang sama untuk RBA seperti Federal Reserve (Fed) iaitu mengambil langkah tunggu dan lihat.
Dolar Australia dilihat alami penyusutan di sesi Asia bersambung ke pembukaan sesi Eropah susulan reaksi terhadap mesyuarat tersebut.
Pengukuhan yang dikekalkan oleh mata wang US dolar pada awal minggu dilihat memberi tekanan semula kepada mata wang utama yang lain dalam pasaran termasuk dolar Aussie.
Pada carta pasangan mata wang AUD/USD, harga telah memaparkan corak penurunan harga dan mula memberikan isyarat perubahan trend bearish.
Harga yang mencapai paras tertinggi terbaru 4 bulan pada pembukaan sesi Asia semalam di sekitar 0.66900 kemudiannya telah alami penyusutan untuk beberapa sesi berturut-turut sehinggalah ke sesi Eropah hari ini.
Petanda awal untuk pergerakan bearish adalah apabila harga mula susut di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD tersebut semalam.
Penurunan diteruskan hari ini selepas kesan reaksi mesyuarat RBA menyaksikan harga tembus bawah paras 0.66000.
Sehingga awal sesi Eropah, harga telah mencecah sekitar 0.65720 dan dilihat akan menyambung lagi penurunan lebih rendah.
Zon sekitar 0.654000 dilihat bakal diuji dan jika harga masih tembus lebih rendah, harga boleh jatuh mencecah hingga sasaran 0.65000 atau 0.64500.
Namun jika harga berpatah arah membuat kenaikan semula, paras 0.66000 akan cuba untuk dilepasi sebelum menguji pula halangan MA50.
Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan akan menuju pula paras ketinggian dicapai awal minggu dengan zon rintangan 0.67000 menjadi tumpuan harga.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG