AUD/USD ‘Melompat’ Ke Paras Tertinggi 10 Bulan!

205

Dolar Australia mendapat reaksi positif dalam pasaran sesi Asia dipengaruhi oleh keputusan mesyuarat dasar monetari bank pusat Australia sebentar tadi.

Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 0.10% seperti yang dijangkakan, namun sedikit perubahan pada kenyataan RBA telah mengubah persepsi pelabur.

Kenyataan RBA sebelum ini yang lebih dilihat pasif sedikit diubah yang dilihat ke arah yang lebih hawkish, sekaligus memberi impak peningkatan nilai dolar Aussie dalam pasaran.

Pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, harga akhirnya berjaya menembusi zon rintangan pada 0.75500 selepas kenaikan sejak 2 minggu lalu terhalang pada zon tersebut.

Pada dagangan pembukaan awal minggu semalam, harga telah memberi isyarat untuk pergerakan trend bullish di mana harga bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Kenaikan harga walau bagaimanapun kekal terhalang pada zon rintangan 0.75500.

Bersambung pada dagangan hari ini, harga akhirnya berjaya menembusi rintangan tersebut untuk meneruskan pergerakan pada trend bullish.

Kenaikan harga dilihat akan menuji paras ketinggian pada 0.76500 yang merupakan zon tumpuan pada dagangan pertengahan 2021 lalu.

Namun pelabur tetap perlu waspada untuk kebarangkalian untuk penurunan harga boleh berlaku ekoran sentimen pasaran yang kembali berisiko semula dan boleh mendorong pengukuhan US dolar dan tekanan buat dolar Aussie.

Sekiranya penurunan harga kembali berlaku, paras 0.75500 yang merupakan rintangan buat harga sebelum ini, berkemungkinan boleh menjadi paras sokongan buat harga meningkat semula.

Namun jika harga kekal susut lebih rendah, paras sekitar 0.74500 dilihat akan menjadi sasaran diuji harga sebelum penurunan lebih rendah bakal menuju sekitar 0.73600.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat