RBA Tidak Lagi ‘Bersabar’, Ini Petunjuk Terbaharu Dari Gabenor Lowe!

377

Bank Pusat Australia (RBA) memutuskan untuk terus mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras terendah 0.10% tetapi memberi isyarat mengenai kemungkinan kenaikan kadar pertama sejak tahun 2010.

Walaupun hanya terdapat beberapa perubahan kecil oleh RBA dalam kenyataan mereka pada hari ini tetapi ia memberi makna yang besar kepada pasaran kerana para penggubal dasar dilihat telah mula cenderung untuk menjadi lebih hawkish.

Berbeza dengan kenyataan pada mesyuarat edisi Mac, RBA tidak lagi berjanji untuk ‘bersabar’ dalam mengikuti perkembangan inflasi sebelum memutuskan penetapan dasar.

Menurut kenyataan terbaharu Gabenor Philip Lowe, bank pusat mengakui bahawa inflasi telah meningkat dan berkemungkinan akan terus menokok lebih tinggi sementara kadar pengangguran pula telah jatuh lebih cepat daripada dijangkakan ke tahap 4.0%.

Susulan itu, para penggubal dasar akan menilai trend inflasi dan pertumbuhan upah akan datang dalam menetapkan dasar untuk menyokong guna tenaga penuh di Australia dan hasil inflasi selaras dengan sasaran.

Tambahan daripada itu, penggubal dasar akan melihat bukti sebenar bahawa inflasi adalah berterusan dalam julat sasaran 2% hingga 3% sebelum mereka meningkatkan kadar faedah.

Ekoran daripada kenyataan Lowe, pelabur kini menjangkakan RBA akan memulakan kitaran pengetatannya dalam beberapa bulan akan datang dan ini telah mendorong lonjakan dolar Aussie ke paras ketinggian terbaharu sejak Jun 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat