AUD/USD Membuat Kenaikan Ekoran Sentimen Positif China Lonjakkan Dagangan Aussie

381

Matawang komoditi dolar Australia pada permulaan dagangan hari ini berjaya mengukuhkan ekoran terkesan oleh sentimen positif pada data ekonomi di China.

Data perkilangan PMI China mencatatkan angka yang meningkat pada bacaan yang dikeluarkan pada akhir bulan Mac dengan 50.5 mata asas dicatatkan berbanding 49.2 pada bacaan sebelumnya.

Bacaan tertinggi dalam tempoh empat bulan itu turut mengejutkan pasaran dan kembali melonjakkan keyakinan pelabur luar terhadap pertumbuhan ekonomi kedua terbesar di dunia itu.

China sebagai rakan dagang terbesar Australia membuatkan dagangan Aussie amat sensitif terhadap data ekonomi China yang dikeluarkan dan dapat dilihat Aussie didagangkan kukuh berbanding matawang utama yang lain pada permulaan suku tahun kedua tahun ini.

Sentimen positif China itu juga turut menyokong dagangan semasa pada dolar Amerika Syarikat. Pelabur yang kembali yakin dengan sentimen pasaran yang selamat akan tertarik pada pelaburan yang memberikan pulangan yang tinggi dan matawang USD akan turut mendapat permintaan dalam pasaran.

Antara faktor lain yang menyokong kekuatan dagangan USD adalah isyarat dovish daripada bank-bank pusat utama yang lain di mana kemerosotan pada pertumbuhan ekonomi pada suku tahun keempat 2018 telah mempengaruhi unjuran pertumbuhan pada masa hadapan.

Jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD, harga menunjukkan corak pergerakan menaik berikutan Aussie yang mengukuh sejak awal sesi pasaran Asia hari ini.

Kenaikan harga dilihat telah melepasi paras resistance MagicR1 dan resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line hari ini dan harga bakal menguji zon resistance tumpuan sekitar paras 0.71500.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras Magic Pivot pada 0.7091 hari ini bakal menjadi destinasi penurunan harga di mana paras tersebut juga merupakan paras tumpuan harga pada dagangan sebelum ini.

Penurunan lebih rendah harga dijangka bakal mencecah ke paras sekitar support 0.7047 (MagicS3) yang turut diuji harga pada dagangan Mac lalu.

Lihat gambar chart pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mencari peluang posisi dagangan yang berpotensi pada AUD/USD.

Paras support: 0.7077, 0.7060, 0.7047.

Paras resistance: 0.7108, 0.7121, 0.7139.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat