Seperti yang dijangkakan, Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah di paras 4.10% untuk mesyuarat polisi September sebentar tadi.
Gabenor Philip Lowe yang bakal meninggalkan jawatannya, menyampaikan dasar monetari terakhirnya dengan butiran-butiran penting diteliti pasaran.
Pengetatan dasar dilihat masih lagi perlu diteruskan, namun dasar yang dikekalkan buat ketika ini akan memberi tempoh untuk penilaian kesan kenaikan kadar yang telah dilaksanakan sebelum ini terhadap ekonomi.
Mata wang dolar Australia alami penyusutan yang agak ketara selepas keputusan mesyuarat tersebut sehingga dagangan bersambung ke pembukaan sesi Eropah.
Pada carta pasangan mata wang AUD/USD, dapat diperhatikan harga telah menjunam hingga ke bawah paras 0.64000.
Pergerakan harga pada Isnin semalam agak mendatar sehingga harga dibuka pada sesi Asia pagi ini di sekitar 0.64600 sebelum terjunan harga berlaku.
Jelas corak bearish dipaparkan selain harga kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD tersebut.
Harga yang membuat penurunan di sesi Eropah menguji paras sokongan pada 0.63700 yang kali terakhir diuji pada dagangan pertengahan Ogos lalu.
Dengan momentum tersebut, penurunan harga dijangka akan dilanjutkan lagi melepasi paras sokongan itu dan bakal menuju ke sasaran 0.63000.
Mencecah paras 0.63000 akan merekodkan paras terendah terbaru sejak November 2022.
Namun jika harga melonjak semula, zon 0.64000 hingga 0.64500 akan menjadi zon rintangan bakal diuji sebelum kenaikan diteruskan lebih tinggi.
Sekiranya melepasi halangan MA50 dan paras ketinggian semalam, akan menjadi isyarat perubahan trend bullish semula buat harga dengan sasaran akan terarah pada zon ketinggian 0.65400.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG