Carta harga pasangan mata wang AUD/USD mula memaparkan corak pergerakan yang berbeza hari ini berbanding yang berlaku pada awal minggu.
Ketika pembukaan dagangan di sesi Asia pada Isnin lalu, harga telah paparkan lonjakannya memberi isyarat positif untuk kenaikan harga.
Setelah paras ketinggian 0.64400 diuji, harga dilihat gagal untuk menyambung kenaikan dan bergerak mendatar di bawahnya sepanjang Selasa semalam.
Menantikan data penting yang akan diterbitkan pada Khamis, harga dilihat meniti di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD itu sepanjang sesi New York.
Namun situasi berubah di sesi Asia pagi ini (Rabu) apabila harga mula pamerkan terjunan dan sehingga setakat pembukaan awal sesi Eropah, harga berlegar di sekitar paras 0.64000.
Pelabur akan memberi tumpuan kepada data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York malam ini sebelum tumpuan akan beralih kepada terbitan data pekerjaan Australia di sesi Asia esok hari.
Data-data penting ini yang menjadi indikator bagi bank pusat masing-masing menetapkan dasar monetari, bakal memacu arah pergerakan harga selanjutnya menuju ke penghujung minggu.
Untuk jangkaan penurunan lebih rendah, harga akan menuju ke zon support 0.63700 yang telah menjadi tumpuan sepanjang minggu lalu.
Jika minggu ini zon tersebut gagal untuk menahan harga dari jatuh lebih rendah, penurunan bakal diteruskan dengan sasaran akan beralih kepada 0.63000.
Sementara, jika harga berjaya memecut naik ke atas semula, melepasi halangan MA50 akan melihatkan zon rintangan pada 0.64400 menanti untuk diuji sekali lagi.
Jika berjaya tembus lebih tinggi, harga boleh mensasarkan kenaikan sehingga ke paras ketinggian 0.65400.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG