AUD/USD Papar Pergerakan Trend Bearish Lebih Jelas

237

Kenyataan Gabenor bank pusat Australia (RBA) Philip Lowe pada mesyuarat edisi September telah kekal mendorong AUD terus bergerak lemah menuju penghujung dagangan bulan ini.

Di kala kelemahan yang dicatatkan, US dolar mengambil kesempatan untuk mendorong pergerakan harga pada carta AUD/USD untuk mengekalkan rentak terjunan di awal sesi Eropah hari ini (Khamis).

Setelah bergelut dengan pergerakan mendatar pada minggu lalu, akhirnya harga kembali memberi reaksi untuk membuat penurunan melebihi 100 pips pada permbukaan pasaran minggu ini.

Penurunan yang terjadi juga menampakkan pengukuhan trend bearish yang dapat dilihat pada carta harga AUD/USD yang mana dilihat sedang membuat corak LH (lower high) yang terbaharu pada dagangan sesi Eropah.

Sekiranya pergerakan downtrend berupaya untuk dikekalkan, penurunan yang susut dijangka akan kembali menguji zon sokongan yang dicapai pada penghujung Ogos 2020 sekitar 0.71000.

Zon SBR (support become resistance) 0.72000 berkemungkinan akan diuji terlebih dahulu sebelum pergerakan harga memberi petanda untuk kembali mencanak dengan lebih agresif.

Manakala jika pergerakan harga berjaya mempamerkan perubahan trend yang lebih jelas, harga dijangka bakal menuju ke zon SBR yang berikutnya sekitar 0.73000.

Kenaikan itu juga secara tidak langsung bakal memberi reaksi kepada pelabur untuk menyaksikan pergerakan harga pada carta AUD/USD untuk memberi isyarat perubahan trend bullish.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat