AUD/USD Sedikit Meningkat Disokong Oleh Komen Optimis Trump Terhadap Rundingan Dagang AS-China

370

Matawang dolar Australia terus didagangkan lemah pada minggu ini berikutan jangkaan pasaran bahawa besar kemungkinan bank pusat Australia akan menurunkan kadar faedah pada tahun ini.

Sesi pasaran Asia pada pagi ini menunjukkan bacaan data untuk harga import bagi suku tahun pertama di Australia mencatatkan penurunan dan begitu juga pada data indeks harga pengeluar.

Namun, Aussie dilihat berjaya membuat sedikit kenaikan walaupun data-data yang dikeluarkan adalah lemah. Ini adalah disebabkan laporan berkenaan perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dah China.

Presiden Donald Trump menyatakan Amerika Syarikat sedang berusaha untuk mewujudkan hubungan dagangan yang terbaik dengan rundingan bersama Presiden China, Xi Jinping yang akan bertandang ke White House.

Komen optimis tersebut kembali membuatkan aset berisiko menjadi pilihan pelabur dalam pasaran dan dengan itu juga meningkatkan dagangan bagi matawang berpulangan tinggi seperti dolar Australia.

Kesempatan ini perlu dimanfaatkan oleh Aussie sementara pelabur sedang berwaspada ke atas dagangan USD. Debaran semakin terasa menantikan data awal pertumbuhan GDP Amerika Syarikat untuk suku tahun pertama 2019 yang akan dikeluarkan pada jam 8.30 malam nanti.

Data tersebut dipercayai bakal memberikan impak besar terhadap pasaran kewangan khususnya melibatkan dagangan dolar Amerika. Pelabur akan mendapatkan petunjuk untuk tahap kesihatan ekonomi semasa di Amerika Syarikat yang turut mempengaruhi pertumbuhan ekonomi global.

Jika dilihat pergerakan harga bagi pasangan matawang AUD/USD, harga masih lagi meneruskan penurunan dan mencatatkan paras terendah semasa yang baru mencecah paras 0.69880 pada dagangan semalam.

Namun, pergerakan harga pada hari ini menunjukkan sedikit kenaikan dari paras Magic Pivot 0.7008 sehingga ke paras resistance 0.7028 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini selepas didorong oleh komen positif Trump berkenaan perkembangan rundingan dagang AS-China.

Jika harga berjaya meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi, jangkaan kenaikan harga akan mencapai paras ketinggian pada 0.70700 yang merupakan zon SBR (support become resistance) terbaru pada chart AUD/USD.

Namun  jika harga meneruskan lagi penurunan pada dagangan hari ini, paras support pada 0.6994 (MagicS1) akan cuba diuji harga untuk harga melepasi paras terendah yang dicatatkan pada dagangan semalam.

Penurunan yang diteruskan berkemungkinan akan mencecah sehingga ke paras sekitar support 0.6959 (MagicS3) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Lihat gambar chart pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 0.6994, 0.6973, 0.6959.

Paras resistance: 0.7028, 0.7042, 0.7063.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat