AUD/USD Susut Semula Selepas Capai Paras Tertinggi Sejak Jun 2021

179

Seperti yang dijangkakan, peningkatan dolar Australia tidak bertahan lama apabila kembali mendapat tekanan oleh pengukuhan US dolar semula.

Sentimen pasaran sememangnya berisiko dengan ketegangan konflik Rusia-Ukraine yang kembali tercetus dan dijangkakan untuk mempengaruhi pergerakan dolar Aussie yang sensitif terhadap perubahan sentimen pasaran semasa.

Namun, dolar Aussie berjaya melonjak pada Selasa semalam selepas pelabur menilai petunjuk hawkish oleh perubahan kenyataan bank pusat Australia (RBA) pada mesyuarat polisi monetari di sesi Asia.

Pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, harga yang telah melonjak melepasi paras rintangan pada 0.75500 menepati jangkaan untuk mencapai paras ketinggian pada 0.76500.

Namun sebaik sahaja menyentuh paras rintangan tersebut, harga susut semula ekoran tekanan oleh pengukuhan US dolar di sesi New York.

Selepas laporan NFP minggu lalu gagal menyuntik momentum pengukuhan terhadap US dolar, raja mata wang itu akhirnya mula paparkan pengukuhan selepas komen hawkish oleh Gabenor Federal Reserve (Fed), Lael Brainard.

Penurunan harga pada carta AUD/USD walau bagaimanapun disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam jika diperhatikan pergerakan pada sesi Asia hari ini.

Justeru, harga masih berpotensi untuk menyambung kenaikan ekoran pergerakan di atas paras MA50 masih memberi isyarat untuk trend bullish.

Sekiranya kenaikan boleh berlaku semula, rintangan pada 0.76500 sekali lagi akan diuji untuk harga terus mencatatkan paras ketinggian terbaru.

Melepasi rintangan tersebut, sasaran untuk kenaikan seterusnya adalah pada ketinggian 0.77600 pula yang sebelum ini menjadi zon rintangan pada dagangan Jun 2021 yang lalu.

Namun, jika pengukuhan US dolar terus menekan harga susut lebih rendah, harga berkemungkinan akan melepasi zon 0.75500 dan juga paras sokongan MA50 untuk isyarat pergerakan trend bearish.

Penurunan selanjutnya dilihat akan ke paras sekitar 0.74400 atau lebih rendah boleh mencecah sehingga zon 0.73600.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat