Carta harga pasangan mata wang AUD/USD memaparkan perubahan arah pada corak harga menuju dagangan ke penghujung minggu ini.
Jika di awal minggu kenaikan berjaya dipaparkan dari zon support 0.63000, namun penurunan harga yang berlaku semula pada Rabu semalam bersambung ke sesi Asia pagi ini (Khamis), kembali mencecah semula ke zon tersebut.
Pada Rabu, harga mencapai ketinggian 0.63900 sebelum perubahan trend bearish dikenalpasti yang terkesan faktor fundamental.
Selepas minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) diterbitkan pada Selasa lalu, ucapan oleh Gabenor Michele Bullock pula diteliti pada Rabu semalam.
Walaupun nada hawkish diinterpretasikan, namun dolar Aussie dilihat gagal menahan asakan pengukuhan semula oleh mata wang US dolar.
Diterbitkan pula data pekerjaan Australia pada sesi Asia pagi ini, dolar Aussie semakin ditekan apabila pertambahan pekerjaan pada September adalah jauh lebih perlahan dari ramalan.
Harga telah susut semula ke paras 0.63000 di sesi Asia pagi ini dan mendatar di sekitar itu bersambung pada pembukaan sesi Eropah.
Trend bertukar bearish apabila harga dilihat mula bergerak semula di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD.
Sekiranya zon support 0.63000 yang diuji berjaya ditembusi, penurunan lanjut harga akan berlaku sekaligus harga akan catatkan paras terendah terbaru tahun ini.
Sasaran adalah untuk menuju zon tumpuan 0.62000 pula yang kali terakhir dicecah harga pada dagangan Oktober tahun lalu.
Namun jika harga berjaya mendaki semula dari zon support 0.63000, paras halangan MA50 perlu ditembusi untuk beri isyarat positif buat harga teruskan kenaikan selanjutnya.
Zon 0.63700-0.63900 menjadi rintangan yang akan diuji seterusnya sebelum kenaikan dteruskan menuju pula zon tumpuan pada 0.64400.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG