Corak kenaikan harga kekal diteruskan pada carta pasangan mata wang AUD/USD dari minggu lepas bersambung sehingga dagangan minggu ini yang bakal menjadi penutup bagi tahun 2023.
Seperti pergerakan mata wang utama lain juga, dolar Australia memanfaatkan situasi penyusutan US dolar untuk mendaki ke paras ketinggian terbaru untuk catatkan paras tertinggi 5 bulan.
Walaupun kekurangan data ekonomi diterbitkan untuk minggu terakhir ini, pergerakan pasaran kekal dipacu oleh penyusutan US dolar yang berterusan pada minggu ini dengan jangkaan Federal Reserve (Fed) untuk beralih kepada pelonggaran dasar tahun 2024.
Meneliti carta harga pasangan mata wang AUD/USD, paras rintangan 0.69000 sebelum ini pernah diuji pada dagangan Jun dan juga Julai, namun harga gagal tembusinya.
Selepas itu harga merudum jatuh dengan paras terendah dicecah pada Oktober sekitar zon 0.63000.
Jika diperhatikan, kenaikan harga yang berterusan hingga ke minggu ini dilihat sedang menuju kembali ke zon rintangan 0.69000.
Setakat sesi Asia pagi ini (Khamis), harga telah mencapai ketinggian sekitar 0.68700 sebelum berundur sedikit menuju pembukaan pasaran sesi Eropah.
Walaupun sedikit menurun, harga masih dilihat bergerak dalam trend bullish yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD tersebut.
Kenaikan harga masih dijangka akan diteruskan untuk mencapai zon 0.69000 hari ini sebelum reaksi harga di sekitar itu akan diperhatikan.
Jika berjaya zon tersebut ditembusi, harga bakal catatkan paras ketinggian terbaru 10 bulan mencapai paras tertinggi sejak dagangan Februari.
Namun risiko kejatuhan harga semula perlu diambil kira pelabur sekiranya berlaku aktiviti profit taking dalam pasaran pada penutup dagangan 2023 ini.
Penuurnan harga dilihat akan menuju ke sekitar 0.67700 atau lebih rendah lagi mencecah semula zon 0.67000.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG