AUDIO Melonjak Lebih 80% Selepas Pengumuman Kerjasama Audius, TikTok

307

Audius kini secara rasmi menjalinkan kerjasama bersama platform media, TikTok.

Integrasi tersebut merupakan usaha dalam memperkenalkan ciri terbaharu, TikTok Sounds yang mana membolehkan pengguna Audius mengeksport lagu ciptaan sendiri secara langsung ke aplikasi tersebut.

Dalam laporan yang didedahkan oleh TikTok pada Julai, seramai 75% penggunanya di Amerika Syarikat (AS) mengenali artis baru menerusi aplikasinya. Buat masa sekarang, TikTok tidak membuka peluang kepada penggunanya untuk menerima royalti melalui penstriman muzik tetapi menyediakan pendedahan dan penglibatan bersama peminat.

Berbeza pula Audius memperuntukkan sejumlah besar token AUDIO kepada pencipta kandungan berdasarkan jumlah strim yang dihasilkan.

Kerjasama antara Audius dan TikTok nampaknya lebih menfokuskan kepada muzik berbanding matawang kripto atau kewangan desentralisasi.

Manakan tidak, TikTok sebelum ini telah membuat keputusan untuk menyekat sebarang kandungan berkaitan matawang kripto, termasuk mesej berbaru perkhidmatan dan produk kewangan.

Tindakan tersebut diambil susulan daripada kebanyakan penggunanya didedahkan dengan Dogecoin (DOGE) melalui perkongsian video pengguna lain pada tahun lepas.

Susulan daripada twit rasmi Audius, AUDIO mencatatkan lonjakan lebih 80% dari nilai $1.69 ke paras tertinggi harian, $3.18. Bagaimanapun, ketika penulisan, aset ini didagangkan pada $2.82, meningkat lebih 73% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat