TikTok Sekat Segala Kandungan Berkaitan Kripto!

936

Jangan pelik jika selepas ini anda tidak lagi menemukan kandungan kripto di platform sosial, TikTok kerana segala kandungan dan perkhidmatan kewangan termasuk kripto telah disekat sepenuhnya.

Sekatan tersebut berdasarkan polisi yang diperbaharui, ‘Financial Services and Products’ yang merangkumi segala jenis perkhidmatan dan produk kewangan termasuk pinjaman, pengurusan aset, forex, platform perdagangan, perkhidmatan pelaburan, skim piramid, kad kredit dan matawang kripto.

Firma TikTok juga menyekat sebarang iklan berkaitan kripto di kebanyakan negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK). Manakala di Korea Selatan, khidmat nasihat matawang kripto dilarang sama sekali.

“Iklan yang mempromosikan matawang maya/matawang kripto (seperti bitcoin dan ethereum), termasuk platform perdagangan kripto dan perkhidmatan nasihat matawang kripto adalah dilarang.”

Bagaimanapun, pengiklanan daripada firma perkhidmatan kewangan masih dibenarkan bagi tatapan pengguna berusia 18 tahun ke atas.

Apa yang menjadi punca utama kepada sekatan ini ialah beberapa influencer yang dibayar untuk shill beberapa koin, pertukaran, dApps atau produk tertentu yang berkaitan kripto.

Kami melihat kandungan seperti ini di TikTok datang daripada mereka yang tidak memiliki ilmu berkaitannya dan menarik pengikut dengan janji cepat kaya, sedangkan sebenarnya mereka menjana wang melalui affiliate links,” – ketua pendidikan klien Infomed Choice, Martin Bamford.

Keputusan yang diambil tidak lain tidak bukan untuk melindungi kewangan pengguna muda dan naif yang dilihat mudah terjebak dengan tawaran yang menarik dan tidak menjaminkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat