AUDUSD Analisa Fundamental Harian 16 Mac 2016

46

Aussie Dollar jatuh lebih 85 pips Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7445 sebelum menutup sekitar paras $0.7455; setelah Reserve Bank of Australia menyiarkan minit mesyuarat terbarunya. Selepas mencatatkan kenaikan terbesar dua minggu dalam masa hampir lima tahun, Aussie mula melemah dalam persediaan untuk menghadapi mesyuarat FOMC Feds AS pada awal pagi Khamis ini.

Di pasaran Australia semalam, antara perkara yang menarik perhatian penganalisis terhadap minit mesyuarat RBA ialah kenyataan bahawa “pertumbuhan kelihatan sedikit di bawah paras purata pada suku Disember dan 2015 secara keseluruhan”.  Keesokan harinya apabila data GDP dilaporkan, ianya adalah lebih baik dari jangkaan.

[adrotate group=”6″]

RBA mungkin terkejut dengan kadar pertumbuhan 0.6% yang lebih kukuh daripada jangkaan. Terutama sekali memandangkan penggunaan isi rumah merupakan pemacu utama pertumbuhan – menyumbang 0.4% daripada jumlah pertumbuhan 0.6% – dengan minit mencatatkan bahawa lembaga RBA melihat “tanda-tanda pengimbangan semula aktiviti ekonomi ke arah sektor bukan perlombongan”.

Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Australia hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat