AUDUSD Analisa Fundamental Harian 16 Oct 2015

20

moshedfx-forex-malaysia-audusd-004

Aussie Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 100 pips dari paras tertinggi harian sekitar 0.7365 ke serendah 0.7265, sebelum menutup lebih tinggi dari pembukaan; setelah data dari Australia menunjukkan penurunan dalam kadar pengangguran manakala angka pekerjaan baru jatuh.

Jumlah pekerjaan jatuh 5,100 dari bulan Ogos berbanding dengan ramalan median untuk peningkatan sebanyak 9,600. Kadar pengangguran pula berada pada 6.2%, hampir sama dengan ramalan median.  Dalam pada itu, pekerjaan sepenuh masa jatuh 13,900 manakala pekerjaan sambilan meningkat sebanyak 8,900. Kadar penyertaan, ukuran tenaga kerja sebagai sebahagian daripada penduduk, turun kepada 64.9% daripada 65% pada Ogos lalu; berbanding ramalam median untuk kekal pada 65%.

[adrotate group=”6″]

Bank pusat Australia menurunkan kadar kepada paras rekod terendah 2% pada Mei lalu, tetapi pelaburan oleh firma bukan perlombongan setakat ini, gagal untuk memacu naik; sekaligus menjadikan pembinaan perumahan sebagai salah satu perkhabaran yang positif dalam ekonomi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat