AUDUSD Analisa Fundamental Harian 19 April 2016

39

Aussie Dollar membuka dengan ‘gap-down’ Isnin semalam, sebelum memacu naik lebih 125 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7758 dan kemudiannya menutup sekitar paras $0.7747; setelah pengeluar minyak tidak dapat mencapai kata sepakat dalam menghadkan pengeluaran, sekaligus memberati harga komoditi global dan matawang berkaitan komoditi.

Di pasaran Australia, ahli ekonomi Commonwealth Bank of Australia berkata bahawa minit mesyuarat Reserve Bank of Australia dan ucapan Gabenor Glenn Stevens di New York mungkin boleh menyediakan Dollar Australia dengan sedikit sokongan belian. Pemulihan dalam harga minyak telah membawa sentimen kepada harga komoditi dan membantu memacu Dollar Australia ke paras yang lebih tinggi dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dan ini akan menjadi salah satu perkara utama yang menarik dalam minit mesyuarat RBA, yang akan disiarkan hari ini.

[adrotate group=”6″]

RBA mengekalkan kadar pada 2% pada mesyuarat dua minggu lalu, tetapi pemerhati berkata pada masa yang sama, Gabenor Glenn Stevens cuba mengatakan bahawa nilai Aussie masih tinggi untuk pemulihan ekonomi. Walaupun masih jauh daripada paras tertinggi yang dilihat semasa ledakan pelaburan komoditi Australia, Aussie sudah mula kelihatan sedikit mahal bagi pengeksport Australia yang berharap untuk bersaing dengan pengimport dan pengeluar dari negara-negara lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat