AUDUSD Analisa Fundamental Harian 20 April 2016

41

Aussie Dollar melonjak lebih 80 pips Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7826 sebelum menutup sekitar paras $0.7812; setelah Dollar AS kembali melemah dan matawang komoditi kembali pulih. Business Intelligence Australia berkata, berikutan pemulihan dalam harga minyak mentah, kekuatan dalam pasaran saham dan kelemahan Dollar AS, Aussie melonjak ke paras tertinggi yang tidak pernah dilihat sejak 24 Jun tahun lepas.

Laporan itu seterusnya berkata bahawa Gabenor RBA Glenn Stevens dalam satu kenyataan selepas mesyuarat RBA bulan ini, bahawa Dollar Australia yang lebih kukuh itu adalah faktor yang merumitkan dalam pemulihan ekonomi Australia dan juga “merumitkan pelarasan yang dirancang dalam ekonomi”. Jadi trader menjangkakan pengumuman minit dari mesyuarat itu sebagai panduan kepada jumlah pemberat yang akan digunakan RBA bagi mengawal keadaan ini.

[adrotate group=”6″]

Minit melaporkan bahawa berhadapan dengan komplikasi yang mungkin daripada kadar pertukaran yang lebih kukuh dan terhadap realiti pasaran pekerjaan yang “nyata lebih kuat daripada setahun yang lalu”, serta laporan keadaan perdagangan runcit adalah “secara amnya baik”; lembaga RBA kini berdepan dengan keadaan sebenar dan bukannya suatu kemungkinan lagi.  Ini mendorong spekulasi pasaran bahawa RBA mungkin akan menurunkan kadar dalam masa terdekat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat